Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu jengkaut jumpa bom sebesar tong gas di Pasir Mas

No Comment


PASIR MAS 19 Jan. – Seorang pemandu jengkaut terkejut apabila menemukan sebutir bom sebesar tong gas 50 kilogram yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua di tapak pembinaan empangan rendah di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Kubang Pak Amin, dekat sini semalam.

Bom seberat 113 kilogram itu ditemukan kira-kira pukul 5.30 petang ketika pemandu

jengkaut tersebut, Asmanizam Ibrahim, 31, sedang menjalankan kerja-kerja mengorek pasir untuk pembinaan empangan rendah milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) itu.

Asmanizam yang ditemukan di tempat kejadian di sini hari ini berkata, pada mulanya dia menyangka bom itu adalah tong gas yang digunakan untuk kerja-kerja kimpalan bagi pembinaan empangan untuk menyalurkan air di kawasan sawah padi berhampiran.

“Jadi, saya meneruskan kerja-kerja mengorek pasir seperti biasa sehinggalah melihat secara dekat dan menyedari tong gas itu adalah sebutir bom.

“Sebaik sahaja menyedari itu adalah bom, saya terus memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-Utusan
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli