Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemimpin Paling Miskin Di Dunia Berhenti Kereta Tumpangkan Orang

No Comment


Walaupun beliau adalahs seorang Presiden bagi sebuah negara tetapi kehidupannya bukanlah seperti pemimpin dunia yang lain dimana beliau hanya tinggal di rumah ladang dan berkereta buruk model Volkswagen model Beatle keluaran 1987.

Itulah beliau, Jose Mujica iaitu  Presiden Uruguay dimana merupakan presiden paling miskin didunia dan terkenal dengan sifatnya yang sangat pemurah.

Satu kejadian berlaku abru-baru ini, di mana seorang lelaki bernama Gerhald Acosta yang menceritakan pengalaman menarik dirinya apabila beliau telah dibuang kerja dari sebuah kilang kertas.

Akibat terlalu sedih, beliau telah berjalan kaki menuju balik kerumahnya daan tiba-tiba sebiji  Volkswagen model Beatle buruk bewarna biru berhenti dan mempelawanya tumpang kereta tersebut.

Terkejut Acosta apabila yang mempelawa beliau itu adalah  Presiden Uruguay sendiri bersama-sama dengan isterinya, Lucia Topolansky menaiki kereta berwarna biru kusam itu.

“Saya tidak percaya apa yang saya lihat kerana Presiden Mujica sanggup memberi saya tumpangan, padahal sebelum itu puluhan kereta melepasi saya tanpa menawarkan apa-apa tumpangan pun,” kata Acosta.



“Ketika turun dari ‘kenderaan rasmi’ presiden, saya hanya mampu mengucapkan banyak terima kasih kepada beliau sebab tidak semua orang mahu menolong orang susah lain di jalanan, apatah lagi beliau seorang presiden,” tambah Acosta.

Beliau teah memuat naik gambarnya bersama dengan Mujica dan isterinya kelaman Facebook dan berasa amat teruja dengan kejadian tersebut.

mujica dan isteri memilih untuk tetap tinggal di rumah pertaniannya yang serba sederhana walaupun beliau seorang Presiden selain mendermakan sebahagian besar gaji bulanannya sebagai presiden sebanyak 250,600 peso (RM37,000) untuk badan-badan amal.

Awal tahun lalu, jumlah kekayaan Mujica dilaporkan stesen televisyen Al Jazeera hanya sebanyak 7.9 juta peso (RM1.2 juta) namun tidak termasuk sebidang ladang pertanian miliknya bernilai 2.6 juta peso (RM391,000).

Beliau juga memiliki tiga buah traktor kebun dan dua buah Volkswagen Bettle 1987 bernilai 116,375 peso (RM17,213), berbanding Naib Presiden Uruguay, Daniel Astori dengan harta kekayaan 9.5 juta peso (RM1.4 juta). –Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli