Penangguhan Sesi Persekolahan Hanya Di 3 Negeri – Idris
KUALA TERENGGANU – Tiada lagi penangguhan bagi permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara kecuali di tiga negeri iaitu Kelantan, Pahang dan Perak yang ditambah seminggu lagi.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata di Kelantan hanya empat sekolah yang belum boleh dibuka, manakala Pahang dan Perak mengalami situasi lebih teruk membabitkan lebih banyak sekolah.
“Sebenarnya di Kelantan kita dapati hanya empat sekolah yang tidak boleh dibuka tetapi di Pahang dan Perak lebih teruk kerana banjir lewat melanda negeri berkenaan.
“Jadi sesi persekolahan di negeri lain iaitu Pantai Timur akan bermula esok, manakala Pantai Barat pula lusa,” katanya selepas melakukan lawatan ke kawasan pantai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terjejas teruk oleh hakisan, hari ini.
Katanya, esok beliau akan melakukan lawatan ke beberapa sekolah di Kelantan termasuk di daerah Tumpat, Pasir Mas dan Kuala Krai yang terjejas teruk akibat banjir bagi melihat tahap kesediaan mereka bagi memulakan sesi persekolahan. - BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini