TERTUDUH yang dihadapkan ke mahkamah. |
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Nur Fatihah Saqira Mohd Tahir dari Segamat, Johor, dan Firdaus Abd Karim dari Kandang, Melaka, masing-masing berusia 19 tahun yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.
Mengikut pertuduhan mereka didakwa bersama-sama mencapai niat membunuh Muhammad Azzad Suhani Hilalluddin, 27, di antara Jalan BMU 2 hingga ke kolam loji kumbahan Bandar Baru Merlimau Utara, Merlimau di sini di antara 11.30 malam, 31 Disember 2014 hingga 1 pagi, 1 Januari 2015.
Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Februari ini bagi laporan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). - Harian Metro