Penyokong JDT Beratur Beli Tiket Sejak Malam Tadi
KUALA LUMPUR: Sejak 8.30 malam tadi, perkarangan Stadium Larkin sudahpun dipenuhi oleh penyokong bola sepak Johor yang beratur, meskipun aksi Piala Sumbangsih 2015 akan berlansung pada malam ini.
Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berbuat demikian kerana tidak mahu terlepas membeli tiket perlawanan
“Para penyokong sudah mula beratur di kawasan yang dikhaskan di Stadium Larkin bagi membeli tiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih meskipun kaunter hanya dibuka pukuk 9 pagi (hari ini).
“Mereka sudah mula beratur sejak pukul 8.30 malam (semalam) demi memastikan menjadi pembeli tiket terawal untuk perlawanan JDT menentang Pahang esok,” kata kenyataan itu.
Petembungan antara antara dua pasukan yang merupakan antara pasukan gergasi pada musim lalu pasti membuatkan perlawanan ini sangat menarik.
Laman Facebook Johor Southern Tigers turut melaporkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasmikan Markaz Boys Of Straits (BOS) semalam.
Selain itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasmikan Markaz Boys Of Straits (BOS) semalam, lapor laman Facebook tersebut.
Selain itu, bas khas BOS turut dilancarkan oleh baginda untuk kegunaan penyokong setia bola sepak Johor. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini