Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Petugas risikan mengaku kendali dron yang terhempas di Rumah Putih

No Comment


WASHINGTON: Seorang kakitangan agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) mengaku mengendalikan dron kecil yang terhempas di laman Rumah Putih, menurut agensi itu - terbaharu dalam siri kejadian yang menimbulkan persoalan berhubung keselamatan presiden.

Seorang jurucakap Agensi Perisikan Geospatial Kebangsaan (NGA) berkata seorang kakitangan yang tidak bertugas memberitahu Perkhidmatan Rahsia AS yang menjaga kediaman presiden bahawa beliau menerbangkan dron empat kipas itu apabila ia terhempas semalam.

NGA adalah agensi Jabatan Pertahanan yang bertanggungjawab menganalisis foto yang diambil pesawat dan satelit pengitip.

Jurucakap itu berkata, Perkhidmatan Rahsia sedang menyiasat dan pada masa ini lelaki berkenaan menghadapi tindakan tatatertib.

Ia tidak menamakan kakitangan berkenaan atau menjelaskan kenapa beliau menerbangkan dron itu berhampiran kediaman presiden.

Seorang jurucakap Perkhidmatan Rahsia berkata, peranti terbang itu yang mencetuskan amaran dan penutupan Rumah Putih, digunakan untuk tujuan rekreasi dan tidak membahayakan.

Dalam temubual bersama CNN, Presiden Barack Obama berkata beliau sudah mengarahkan Pentadbiran Penerbangan Awam (FAA) menilai bagaimana AS menguruskan peningkatan peranti terbang "kerana dron yang mendarat di Rumah Putih itu dibeli di RadioShack." - Reuters
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli