Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

QZ8501: 65 Mayat Ditemui, 50 Dikenal Pasti

No Comment
Pasukan penyelamat memeriksa mayat yang ditemui penyelam di dasar Laut Jawa pada Jumaat.

SURABAYA: Tiga lagi mangsa tragedi pesawat AirAsia, QZ8501 yang terhempas bulan lalu dikenal pasti menjadikan jumlah keseluruhannya 50 setakat ini.

Terkini, Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Polis Indonesia mengumumkan nama tiga penumpang iaitu dua wanita, Susiyah dan Naura Kanita Rosada Suseno sera seorang lelaki yang dikenali sebagai Soesilo Utomo.



Selain itu, pasukan itu juga mengesahkan menerima tambahan 10 lagi mayat di Hospital Bhayangkara yang diterbangkan dari Pangkalan Bun di tengah Borneo untuk dikenal pasti.

Setakat ini, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) mengesahkan menemui 65 mayat di mana 50 sudah dikenal pasti, manakala 13 lagi masih dalam proses untuk dikenal pasti dan dua lagi mayat yang ditemui belum tiba ke sini.

Sementara itu, pada pagi Jumaat, asukan penyelam Indonesia berjaya sampai ke bangkai pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas bulan lalu di dasar Laut Jawa dan membawa keluar enam lagi mayat mangsa.

Kata pagawai agensi penyelamat, SB Supriyadi, penyelam berjaya sampai di bangkai pesawat tetapi tidak masuk ke dalamnya kerana terdapat banyak wayar dan sampah sarap.

Tambah beliau lagi, pihaknya terpaksa menghentikan usaha mencari baki mayat berikutan berlakunya perubahan cuaca. - mStar online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli