Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

QZ8501: Mayat remaja dipercayai mangsa nahas ditemui nelayan

No Comment


PANGKALAN BUN: Sekumpulan nelayan hari ini menemui satu lagi mayat yang dianggar berusia 13 tahun di perairan Maradapan, Kalimantan Selatan, lapor portal berita Kompas.com.

"Ya, satu lagi mayat ditemukan di Pulau Sembilan.

"Maklumat yang kami terima, ia dianggarkan seorang remaja berusia 13 tahun,” ujar  Pengarah Operasi Badan SAR Nasional (Basarnas), SB Supriyadi di Pos Pencarian Lanud Iskandar, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Mayat tersebut kini sedang dibawa petugas Basarnas menggunakan kapal Sadewa. Ia dijangka tiba di Kotabaru, Kalimantan Selatan pada jam 6 petang ini waktu tempatan.

Kapal tersebut turut membawa dua mayat hasil penemuan nelayan tempatan sebelum ini.

Dari Kotabaru, tiga mayat itu akan dibawa menaiki pesawat untuk ke Surabaya.

"Ketika ini, kapal itu masih dalam perjalanan menuju ke Kotabaru. Mungkin besok pagi baru diterbangkan ke Surabaya. Pesawat sudah siap menunggu sejak semalam," katanya.

Memasuki hari ke-20 pencarian, sudah 51 mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 berjaya ditemui. Sejumlah 48 mayat sudah dibawa ke Surabaya, Jawa Timur, untuk ditentukan identiti.

Operasi pencarian di Laut Jawa dan Selat Karimata masih tertumpu ke arah menemukan sejumlah 111 mangsa nahas yang terdiri daripada penumpang dan kru kabin.-Asto Awani
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli