QZ8501: Mungkin Hanya Separuh Jumlah Mayat Akan Ditemui
Surabaya: "Sudah hampir seminggu pasukan SAR gabungan tidak menemui mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata, Pangkalan Bun," kata Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS), Bambang Soelistyo.
Bambang berkata, mayat terakhir ditemui pasukan pencari adalah mayat pasangan suami isteri warga Korea Selatan, Seong Beom Park dan isterinya Kyung Hwa Lee pada 9 Januari lalu.
Menurutnya, keadaan ini sudah tentu membuat keluarga mangsa lain tertekan kerana sehingga ke hari ini, masih ada 114 penumpang dan kru pesawat berkenaan yang belum diketahui nasibnya.
"Kemungkinan hanya 50 peratus dari 114 orang yang mungkin ditemui dalam pencarian berikutnya.
"Mudah-mudahan baki 50 peratus itu semua ditemui," katanya kepada VIVAnews.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini