Remaja Nyaris Putus Kepala Terkena Kabel Elektrik
Kuala Terengganu: Seorang tukang cuci kereta nyaris putus kepala selepas motosikal Honda Ex5 ditunggangnya merempuh kabel elektrik di Kampung Kuala Bekah, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa, Kamarul Helmi Mohammad, 19, dikatakan mengantuk ketika dalam perjalanan menghantar pulang rakannya di Kampung Pengadang Baru, di sini.
Kamarul Helmi yang tinggal di Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, berkata, dia dan rakannya berusia 22 tahun baru pulang bersiar-siar di Kampung Wakaf Beruas dan hendak menghantar rakannya sebelum balik ke rumah.
Katanya, sebaik tiba di Kampung Kuala Bekah matanya tidak dapat menahan rasa mengantuk sehingga terlelap menyebabkan motosikalnya memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kabel elektrik di bahu kanan jalan.
“Kejadian itu terlalu pantas serta rakan tidak sempat mengejutkan saya dan kami berdua rebah selepas merempuh kabel pada tiang elektrik itu. - myMetr online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini