Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Salasilah Keluarga Songsang : Penerbit Buku Minta Maaf

No Comment

SHAH ALAM - Berikutan satu keping gambar yang menunjukkan kesalahan satu buku teks sekolah yang memaparkan hubungan songsang dalam salasilah kekeluargaan, penerbit buku Dokumen, Standard, Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) Sejarah tahun empat memohon maaf kepada semua murid dan ibu bapa.



Wakil Produksi Syarikat Penerbitan Bagus Sdn Bhd yang mahu dikenali sebagai Mei berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati di masa depan.

Kami minta maaf kepada semua, saya mohon beri kami tempoh untuk kami lakukan pembetulan dan mencetak semula buku itu,” katanya.

Sebelum ini, gambar yang memaparkan kesalahan tersebut menjadi viral di laman sosial facebook. Berikut adalah gambar yang menjadi viral sebelum ini :


Syarikat penerbitan buku terbabit juga turut memberitahu pihak mereka akan menarik balik kesemua stok yang diedarkan dan akan digantikan dengan yang terbaru. Selain itu, kesemua pelanggan juga boleh menukar buku yang mengandungi kesilapan itu dengan yang baru di kedai-kedai buku sekolah berhampiran.


Mei juga turut berkata, kesilapan terjadi pada format komputer pencetakan.

Kami bukan sengaja kesilapan pada ‘setting computer’, sehingga keluar gambar lelaki dan lelaki,” katanya.

Kami harap ibu bapa dan guru boleh bersabar kita akan cetak dan ganti semula semua buku yang dibeli. Ibu bapa atau pihak sekolah tidak perlu mengemukakan resit pembelian hanya kembalikan yang lama dan kita akan ganti yang baharu,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Mei walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya tentang berapa banyak buku yang sudah terjual.

Ditanya mengenai satu lagi isu buku teks tahun lima yang mengajarkan tentang seks, Mei berkata buku tersebut datang dari syarikatnya. - Siakapkeli.com.my

Keratan gambar buku sekolah tahun 5 yang mengajar tentang seks

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli