Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seks, Duit, Kuasa Jerat Melayu Sertai Isis, Kata Polis

No Comment
Pejuang Peshmerga Kurdi sedang berjaga-jaga ketika berlaku pertempuran dengan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) di luar Mosul, kelmarin. – Gambar Reuters, 23 Januari, 2014.
Seks, duit, ganjaran material dan pengaruh merupakan 4 kunci utama yang ditemui dalam kes penyertaan pejuang Melayu dalam kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), kata sumber kanan polis.

Pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Akhil Bulat berkata, elemen itu dilihat konsisten dalam siasatan polis dan dilihat sebagai kunci utama untuk memahami pemikiran mereka yang bakal menyertai kumpulan militan itu.

"Semuanya bermula dengan ideologi. Namun sebaik saja jumlah mereka bertambah, ia kemudiannya menjurus kepada keganasan.

"Sebab mengapa ia menarik minat individu Melayu ialah kerana mereka membenarkan apa yang dilarang Islam, pujukan kepada mereka yang keliru dan tertekan dengan kehidupan seharian," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider.

Malah, pemahaman Al-Quran yang berlainan, seperti tidak perlu menunaikan solat lima waktu sehari, atau berpuasa pada bulan Ramadan mungkin menjadi tarikan kepada sesetengah umat Islam ini.

"Mereka diberitahu boleh mentafsir Al-Quran seperti yang difahami mereka, bukan yang dianjurkan oleh ulama dan sarjana serta pihak berkuasa agama,” katanya.

Contoh terbaru salah guna ayat Al-Quran oleh Isis ialah penerbitan risalah , Su’al wa-Jawab fi al-Sabi wa-Riqab, atau soal jawab berkenaan pengambilan tahanan atau hamba, yang menjustifikasikan tawanan wanita untuk tujuan seks dan seks bersama kanak-kanak di bawah umur.

Tahun lepas The Malaysian Insider melaporkan beberapa wanita Malaysia ke Syria dan Iraq untuk terlibat dengan "jihad al-nikah" atau jihad seks bersama pejuang di sana.

Isis baru-baru ini juga menuntut pampasan sebanyak AS$200 juta untuk dua tebusan Jepun, kali pertama mereka menculik untuk wang.

Namun, contoh termudah umat Islam tertarik dengan Isis adalah kerana percaya berjuang melalui peperangan akan menyucikan diri mereka dan dosa sebelum ini melalui jihad.

"Mereka didoktrinkan untuk mempercayai inilah perjuangan terakhir untuk menamatkan segala peperangan. Inilah peluang untuk masuk syurga dan membersihkan diri daripada dosa.

"Kebanyakan orang Melayu akan menolak fahaman sebegini, namun mereka yang berada dalam tekanan kehidupan, mudah untuk mereka mempercayai," kata Akhil.

Dalam kes penyertaan rakyat Malaysia yang ditangkap kerana cuba menyertai Isis, melarikan diri daripada kehidupan seharian ialah faktor utama. Mereka ini mudah dipengaruhi kerana keadaan minda semasa mereka, kata Akhil.

"Kami menemui Melayu yang terseksa patah hati dan kurang faham agama."

Akhil berkata, ada yang berpandangan menyertai Isis ibarat jalan pintas ke syurga.

Akhil yang berkhidmat dalam cawangan khas selama 40 tahun berkata, cubaan melarikan diri daripada realiti akan menjadikan seseorang itu cuba menjadi militan, sama ada mereka golongan cerdik pandai ataupun tidak. - The Malaysian Insider
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli