Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Serangan Udara AS Bunuh Pakar Senjata Kimia IS

No Comment

Washington -  Serangan udara pakatan diketuai Amerika Syarikat membunuh seorang pakar senjata kimia IS di Iraq yang pernah berkhidmat dengan Saddam Hussein, menurut pegawai tentera AS.

Menurut kenyataan pihak tentera, serangan udara yang dilancarkan Sabtu lalu berhampiran Mosul itu membunuh Abu Malik yang "memberikan kumpulan pengganas itu keupayaan membuat senjata kimia".

Malik pernah berkhidmat di kilang senjata kimia ketika pemerintahan Saddam dan menyertai Al-Qaeda di Iraq pada 2005 sebelum menyertai kumpulan IS.

"Kematian beliau dijangka mengurangkan sementara dan mengganggu jaringan pengganas dan mengurangkan keupayaan ISIL (IS) untuk mengeluarkan senjata kimia," menurut kenyataan Central Command. - AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli