Setiap Perniaga Online Wajib Mendaftar Perniagaan
SETIAP bentuk perniagaan sama ada Milik Tunggal atau Perkongsian yang bermotifkan keuntungan perlulah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Menurut SSM, definisi perniagaan di bawah Seksyen 2, APP 1956 meliputi apa-apa bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapat keuntungan.
“Walaupun tiada premis perniagaan, peniaga online perlu mendaftarkan perniagaan mereka kerana ia termasuk dalam definisi ini.
“Ini kerana peniaga yang telah berdaftar, layak untuk menerima faedah-faedah seperti mendapatkan kemudahan perlindungan insurans, pinjaman mikro dari agensi kerajaan dan lain-lain lagi,” katanya menerusi e-mel kepada Sinar Harian.
Menurut SSM, dalam pada itu pihaknya menyediakan pelbagai kemudahan kepada peniaga untuk mendaftar peniagaan mereka dengan mudah.
“Mereka boleh hadir di semua kaunter SSM setiap negeri dan cawangan Muar, Johor serta Temerloh, Pahang, selain Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral, Kuala Lumpur dan Bandar Hilir, Melaka.
“SSM juga turut menyediakan perkhidmatan online e-Lodgement dengan melayari laman sesawang SSM www.sss.com.my. Peniaga juga boleh mendaftar perniagaan mereka melalui kaunter bergerak kami,” menurut SSM.-Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini