SEPERTI yang kita sedia maklum vokalis kumpulan Slam, Zamani telah ditahan kerana penyalahgunaan dadah. Kemudiannya seorang anggota polis telah menyebarkan sebuah klip video Zamani menyanyi dalam keadaan bergari.
Bagaimanapun, tindakan angota polis itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab kerana merakam serta menyebarkan klip video tersebut yang ternyata membuka aib Zamani lebih lebih lagi dalam keadaan bergari.
Mungkin kerana kesal dengan apa yang berlaku, aib sahabatnya tersebar, Shah Slam yang juga merupakan anggota kumpulan Slam telah memuat naikkan status menerusi akaun Facebook miliknya yang membela Zamani.
Menurutnya, walaupun kita semua tahu satu perkara yang buruk berkenaan Zamani, bagaimanapun masih banyak kebaikan yang ada pada Zamani yang kita tidak tahu. - Siakapkeli.com.my