Shaheizy Sam Enggan Komen Isu Pernah Bercinta Dengan Fazura
Baru-baru ini rahsia hubungan antara Nur Fazura dengan Shaheizy Sam terbongkar didalam program realiti ‘Facing Up To Fazura’ telah menyingkap banyak rahsia, cerita dan kontroversi milik pelakon jelita itu.
Mereka berdua sebelum ini telah menafikan tentang hubungan cinta terebut kepada pihak media mahupun kepada peminat mereka sendiri.
BACA: Fazura Mengaku Pernah Bercinta Dengan Shaheizy Sam
Dalam perkembangan terbaru Sam yang ditanya mengenai isu ini tidak menafikan atau mengiyakan mengenai pendedahan tersebut seperti yang dijangka kerana Sam jenis yang suka berahsia mengenai hal peribadinya dari diketahui umum.
“Saya rasa tidak berminat untuk menjawab tentang perkara ini. Entahlah, saya tidak tahu ingin beri reaksi yang bagaimana kerana saya sendiri pun tidak pasti dengan isu ini.
“Apa yang boleh saya katakan, memang saya seorang yang enggan kongsi kisah peribadi dengan semua orang kerana saya seorang yang perahsia. Saya bebas berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi selagi hubungan itu tidak sampai ke tahap serius iaitu tahap memang itulah wanita yang akan saya nikahi, selagi itu saya tidak kongsi bersama peminat atau sesiapa,” katanya.
Sam bagaiamanapun tidak menghadapi sebarang masalah apabila digandingkan dalam filem romantik komedi Manisnya Cinta Di Cappadocia iaitu filem terbaru lakonan mereka berdua arahan Bernard Chauly yang diterbitkan bersama Global Station, Astro Shaw serta Red Films.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini