PARIS - Penggiat filem terkenal Perancis Isabelle Matic mengumumkan bahawa dia telah memeluk Islam selepas hanya beberapa hari selepas serangan pengganas pada majalah Charlie Hebdo yang mengina Islam dan Menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW di sini yang membunuh 12 orang termasuk dua orang polis.
Isabelle mengumumkan perkara ini melalui laman Facebook miliknya, di mana beliau mencatatkan: "Hari ini saya melalui rukun pertama Islam. "Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah."
Tambah beliau lagi: "Allah tunjukkan jalan sebenar tentang tujuan kewujudan manusia.
Isabelle mengucapkan terima kasih kepada rakan pelakon Maghribi Hicham Bahloul yang tutut menyiarkan keputusan beliau itu di laman Facebook beliau juga.-Siakapkeli.com.my