Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Teruja bertemu Caliph Buskers

No Comment


IPOH – Populariti mendadak diraih Caliph Buskers ternyata tidak menghalang kumpulan muzik jalanan yang dianggotai orang kelainan upaya (OKU) itu untuk terus terlibat dalam aktiviti amal.

Kemunculan istimewa kumpulan tersebut dalam program busking amal dan doa kesyukuran anjuran Pemuda Umno Ipoh Barat bersama Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Mat Periuk, kelmarin membuatkan lebih 500 tetamu yang hadir teruja.

Vokalisnya, Khairul Azmi Saat berkata, aktiviti amal seumpama itu memberi peluang kepada mereka membina hubungan lebih rapat dengan pihak luar terutamanya pemuzik jalanan yang lain.

“Program amal sebegini sangat membantu, secara tidak langsung kita dapat naikkan lagi imej busker dan buktikan kepada orang ramai bahawa pemuzik jalanan ini mempunyai bakat mereka sendiri dan boleh menyumbang sesuatu kepada komuniti,” katanya.

Dalam program khas dibawakan Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) itu, Caliph Buskers menyampaikan lima lagu termasuk Romancinta yang disampaikan pada Anugerah Juara Lagu ke-29.

Khairul Azmi  berkata, perhatian tinggi diberikan pihak luar terhadap kumpulan itu meskipun baru setahun ditubuhkan dianggap satu motivasi untuk menghasilkan persembahan lebih baik.

“Jujur saya rasa ia terlalu mendadak, ada rasa sedikit tekanan sebab kadang-kadang kita tak tahu nak mula dari mana.

“Tetapi dalam rasa tertekan itu kami gembira dapat menghiburkan orang lain, bila dah dikenali kita kenalah buat lebih bagus dari sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Unit Hubungan Antarabangsa dan Sukarelawan YBU, Salim Putera Ahmad Shibi berkata, kutipan diperoleh melalui sumbangan orang ramai yang hadir akan disalurkan terus ke akaun YBU dan digunakan bagi membantu kumpulan sasar.

“Ini adalah kali kedua kita bekerjasama dengan Mat Periuk menerusi program amal buskers dan ia akan diteruskan,” katanya. - Sinar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli