Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tuan Guru Nik Aziz Dilaporkan Semakin Sihat

No Comment


KOTA BHARU: Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat hari ini telah menunjukkan perkembangan yang semakin baik dan sedar sepenuhnya.

Beliau dilihat telah menunaikan solat subuh pagi ini dan bersarapan sebelum berehat semula di katil hospital.

Mengesahkan hal ini dalah anak lelaki TGNA, Nik Abduh yang juga merupakan Ahli parlimen Pasir Mas yang menyatakan doktor memberitahunya mengenai kesihatannya dan perkembangan sepanjang di Unit Rawatan Rapi Neuro.

“Pemeriksaan melalui CT scan juga adalah normal cuma doktor meminta ahli keluarga, menderma darah untuk persediaan jika keadaan memerlukan,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini sebentar tadi.

Semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian kerana  kesihatan TGNA agak menurun sejak banjir baru-baru ini.-Siakapkeli.com.my

Sedutan berita Asto Awani - Youtube Astro Awani..

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli