Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tuan Guru Nik Aziz Hidap Kanser Prostat Dan Perlu Rawatan Rapi

No Comment


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ayng juga Mantan Menteri Besar kelantan, disahkan menghidap kanser prostat sejak sekian lama, namun penyakit tersebut mampu dikawal oleh pakar.

Perkara ini telah diberitahu oleh anaknya, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan yang menyatakan perkara tersebut.

Menurut baliau, bapanya kini telah menunjukkan reaksi positid dan mula stabil sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


“Bagaimanapun, doktor menyatakan ayahanda perlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.

“Ayahanda menghidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh doktor telah berjaya mengawalnya.

“Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik.” katanya yang dipetik dari TheRakyatPost.

Dalam kenyataan sama Nik Abduh berkata, individu yang ingin melawat bapanya perlu mengikut prosedur yang telah ditentukan pihak hospital dan dipersetujui oleh ahli keluarga.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan Nik Aziz-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli