Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tumbuhan Herba Boleh Menyebabkan Masalah Kesihatan Termasuk Barah

No Comment

Jeli: Beberapa tumbuhan herba yang kerap digunakan dalam produk ubatan dan makanan kesihatan di negara ini boleh menyebabkan pengamalnya menghadapi pelbagai komplikasi dan membawa maut.

Tumbuhan itu antaranya kenerak, cekur dan misai kucing sering menjadi pilihan pengeluar produk kerana khasiatnya, tetapi berisiko ke atas pengguna jika diambil dalam kuantiti banyak dan tempoh lama.

Sekiranya pengambilan tidak dipantau oleh pakar, mereka yang mengamalkannya kemungkinan boleh menghadapi masalah kesihatan termasuk barah, kemurungan dan keguguran kandungan bagi ibu hamil.

Mendedahkan perkara itu, Pensyarah Industri Asas Tani Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Dr Shamsul Muhamad berkata, masyarakat tidak sedar ada herba yang tidak sesuai diambil terlalu banyak kerana kandungan toksin yang tinggi.

"Sama ada kenerak, cekur dan misai kucing, masing-masing ada kandungan toksin membahayakan. Begitu juga herba seperti kecubung dan hempedu beruang. ─ myMetro online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli