Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wenger Sedia Lepaskan Sanogo

No Comment


PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger memberitahu sedia melepaskan khidmat Yaya Sanogo sebagai status pinjaman sepanjang bulan Januari ini.

Pemain muda asal Perancis itu, sebelum ini dikaitkan bakal berpindah pasukan dan bakal menyertai kelab Ligue 1, Bordeaux.

Wenger berkata, dia akan memberi peluang untuk pemain berusia 21 tahun itu mengembangkan kerjaya bersama pasukan lain.

Namun, Wenger menegaskan lebih berminat melihat Sanogo bermain dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding kelab luar.

"Sanogo akan dipinjamkan. Saya lebih suka opsyen untuk melepasnya kepada kelab Inggris.

"Mungkin lagi baik bermain sahaja di EPL," katanya.

Setakat ini, Sanogo hanya bermain sebanyak enam kali untuk The Gunners dan sempat menjaring satu gol serta assist. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli