Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Yingluck Akan Didakwa Atas Penyelewengan Subsidi Beras

No Comment

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra akan didakwa atas tuduhan jenayah rasuah ke atas skim subsidi beras diperkenalkan beliau sebelum ini, kata seorang pendakwa kanan negara itu, hari ini.

Pendakwaan itu dilihat boleh menyebabkan bekas pemimpin wanita negara itu kemungkinan untuk dipenjara sehingga 10 tahun.

“Pejabat Peguam Negara mempunyai saksi dan bukti untuk dikemukakan pasukan pendakwa raya dan semua saksi serta bukti daripada Jawatankuasa Anti Rasuah Kebangsaan Thailand.

“Kami bersetuju bahawa kes itu disahkan sebagai tuduhan pendakwaan jenayah terhadap Yingluck,” kata Ketua Pengarah Pejabat Peguam Negara Thailand, Surasak Threerattrakul. -AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli