Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Agama anak: MCA mahu syarat baru

No Comment


MCA mencadangkan agar pihak berkuasa agama memperkenalkan syarat baru bagi mengizinkan anak mereka memeluk Islam.

Pengerusi biro undang-undang syariah parti itu, Gan Ping Sieu berkata kerajaan juga perlu menjamin hak individu yang kekal dalam agama asal apabila bekas pasangan mereka memeluk Islam.

“Syaratkan mualaf untuk mengemukakan sijil penceraian daripada mahkamah sivil dan juga kebenaran bertulis daripada bekas pasangan mereka.

“(Selain itu ia perlu) disaksikan oleh seorang lagi orang bukan Islam untuk membenarkan anak itu dibesarkan sebagai seorang Islam.

“Syarat ini akan mengelakkan apa juga bentuk kesangsian dan tuduhan bahawa pihak berkuasa agama berat sebelah,” katanya dalam satu kenyataan.

Timbalan menteri itu berkata, kerajaan perlu menjamin bahawa anak yang masih bawah umur kekal dalam agama asal seperti ketika ibu bapanya masih berkahwin.

Ia mestilah selari dengan keputusan Kabinet pada 2009 berhubung kes Indira Gandhi dan S Deepa, katanya.

Jaminan itu diperlukan kerana masih ada mualaf yang dapat menukar agama anak mereka dengan bantuan pihak berkuasa agama, tambahnya.

Beliau mengulas rancangan kerajaan Negeri Sembilan untuk memperkenalkan syarat supaya seorang bukan Islam membubarkan perkahwinan asal sebelum dibenarkan berdaftar sebagai mualaf.

Kerajaan negeri itu turut menetapkan syarat bahawa mualaf perlu membuat akuan berkanun yang menyatakan telah memeluk Islam.

Cadangan berkenaan akan dikuatkuasakan berkaitan mualaf dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli