Aktivis Indonesia Demo Dakwa 'Popiah' Adalah Bukan Makanan Tradisi Malaysia
JAKARTA: Kedutaan Malaysia di Indonesia hari ini dikejutkan dengan sebilangan rakyat negara tersebut yang mengadakan demontarasi aman yang memberi amaran kepada kerajaan Malaysia agar tidak menyenaraikan popiah sebagai makanan tradisional Malaysia.
Kumpulan ini yang dikenali sebagai Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi), mendakwa lumpia ataupun dikenali sebagai popiah di kebanyakkan negara asia adalah merupakan makanan asal penduduk sebuah tempat di Indonesia iaitu Semarang.
"Pada 17 Oktober 2014, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan telah menetapkan Lumpia Semarang sebagai warisan budaya nasional kami,”
"Pejabat Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Jawa Tengah juga akan mengusulkan ke UNESCO agar Lumpia Semarang diiktiraf sebagai warisan budaya dunia yang berasal dari Indonesia," kata ketua Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo.
Menurut kenyataan Formasbudi, lumpia pada asalnya telah diasaskan oleh Tjoa Thay Joe, iaitu seorang lelaki berketurunan Cina di Semarang, yang berkahwin dengan wanita tempatan iaitu Mbok Wasi pada tahun 1870 lalu. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini


