Dadah: Ezad Didenda RM3,500 Jalani Pengawasan 2 Tahun
Sebelum ini Ezad Lazim telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah jenis syabu, terkini pula dia dijatuhi hukuman debda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang.
Menurut laporan dari Berita Harian, dia juga telah diperintah bagi menjalani tempoh pengawasan selama dua tahun.
Sebelum ini dia telah ditahan di Kompleks Selayang Mall pada November tahun lepas. Penamgkapan itu dibuat oleh pihak berkuasa selepas mendapat aduan daripada orang awam.
Selain itu sepeket kecil syabu juga ditemui ketika penangkapan dilakukan dan hasil pemeriksaan juga menunjukkan penyanyi tersebut positif dadah.
Ketika ditemubual oleh beberapa media tempatan, dia mengakui sangat menyesal dengan perbuatannya itu dan tidak mahu mengulangi kesilapan itu pada masa akan datang.
Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuknya. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini