Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

DAP Tidak Wakili Semua Bukan Islam – PAS

No Comment

SAYA tidak berhasrat untuk mengulas ugutan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mengenai kedudukan Pas dalam PR sekiranya pembentangan rang undang-undang pindaan enakmen hudud Kelantan diteruskan.

Sebagaimana yang diketahui hudud adalah sebahagian daripada agenda perjuangan Islam Pas yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.

Namun bagi saya dari sudut pandangan bukan Islam terhadap enakmen jenayah syariah ini; DAP bersuara seolah-olah semua bukan Islam tidak bersetuju dengan enakmen ini sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Saya percaya masyarakat bukan Islam yang hidup di Kelantan dan luar Kelantan pun bersetuju ianya dilaksanakan kerana undang-undang ini hanya untuk penganut Islam sahaja malah mereka dapat melihat kebaikan pada undang-undang ini.

Muhammad Khalil Abdul Hadi,  Timbalan Ketua Pemuda Pas

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Siakapkeli.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli