Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pekerja BERNAMA TV Terpaksa Mengemis Untuk Tuntut Gaji Sendiri?

No Comment


Siakapkeli menerima satu aduan dari seorang kakitangan BERNAMA TV yang nama dirahsiakan menyuarakan perkara ini kerana beliau turut merasa simpati melihat rakan-rakannya yang lain turut menerima nasib sepertinya.

Menurut beliau BERNAMA TV seperti mangsa ditengah-tengah apabila pada mulanya Tan Sri Dr. Rais Yatim, yang merupakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum itu telah menyatakan BERNAMA TV akan diambil alih oleh BERNAMA.

"Tetapi selepas jawatan kementerian tersebut diambil alih oleh  Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek beliau pula menegaskan BERNAMA TV adalah entiti lain."



"Staff BERNAMA TV sekarang makin berkurang dari 181 ke 150 orang kerana tidak tahan dengan keadaan ini. Kerana kekurangan staff rancangan 'ruang bicara' yang sentiasa menjemput menteri telah terkesan dan tidak dapat keudara seperti biasa," katanya.

Berikut adalah luahan pekerja-pekerja BERNAMA TV di laman sosial.







Sedih Admin membaca luahan mereka kerana dikatakan ramai antara mereka mempunyai komitmen berkeluarga. Bayangkan sekiranya benar aduan ini dan 3 bulan tidak dibayar gaji macammana hendak hidup di Bandaraya Kuala Lumpur ini dengan taraf hidup yang semakin meningkat.

Diharap pihak berwajib dapat tampil memjelaskan hal ini. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli