Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan fitnah, baik peniaga Melayu atau Cina langgar arahan kami angkut

No Comment


JOHOR BAHRU - Janganlah ada yang memfitnah Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) yang dikatakan hanya mengambil tindakan terhadap orang Melayu sahaja sedangkan peniaga Cina tidak diusik langsung.

Seperti kata seorang kakitangan bahagian penguatkuasa MPJBT yang mahu dikenali sebagai Firdaus, sikap pilih kasih tidak pernah wujud dalam kerja MPJBT.

“Memang ada yang sengaja menyebarkan berita berserta gambar di alam maya yang menunjukkan penguatkuasa MPJBT sedang mengangkat kerusi meja peniaga Melayu.

“Gambar yang disiar dilengkapkan dengan tajuk kononnya peniaga Melayu disita sedangkan peniaga Cina MPJBT buat-buat tak nampak.

“Perbuatan ini sangat melampau seolah-olah kami di MPJBT takut untuk bertindak ke atas peniaga Cina dan hanya memberi tekanan kepada peniaga Melayu,” katanya.


Mengganggu lalu lintas menyebabkan kerusi dan meja peniaga degil dinaikkan ke atas lori.

Tegas Firdaus, pada Operasi Sita Kerusi dan Meja di sekitar Jalan Temenggong, Taman Ungku Aminah di Skudai, Johor semalam, MPJBT bertindak mengambil semua kerusi dan meja yang dileakkan peniaga di atas jalan raya.

“Tidak kira peniaga Cina atau Melayu, disebabkan degil dan masih meletak meja di atas jalan raya walaupun telah diberi amaran, kami angkat semua sekali naik ke atas lori.

“Pihak yang menyiarkan berita hanya peniaga Melayu dikenakan tindakan itu dilihatsengaja hendak memburukkan keadaan. Dia sepatutnya bersikap adil dan jangan sengaja mencetuskan kemarahan orang Melayu dengan cara memfitnah,” jelasnya. - Malaysiagazette


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli