Kekurangan juruterbang, Jepun naikkan usia bersara sehingga 67 tahun
Usia persaraan bagi juruterbang di Jepun dinaikkan kepada 67 tahun berbanding 64 tahun sekarang disebabkan kekurangan bilangan juruterbang.
Untuk itu, juruterbang yang berusia 64 tahun hingga 67 tahun dikenakan membuat pemeriksaan mandatori kesihatan dan hanya dibenarkan membuat penerbangan 80 jam sebulan.
Industri penerbangan mengalami pengurangan juruterbang yang drastik selepas pembelian lebih banyak pesawat baru.
Penerbangan tambang murah yang sudah memasuki pasaran Jepun telah meningkatkan bilangan juruterbang.
"Permintaan sudah melebihi bekalan," menurut John M.Cox yang berpengalaman selama 25 tahun, kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perunding Keselamatan dan Operasi Sistem.
Industri penerbangan Jepun yang semakin pesat berkembang perlu mengekalkan standard, lantaran itu pertambahan juruterbang, pekerja penyelenggaraan, penghantar surat dan anak kapal perlu dibuat yang disifatkan sebagai cabaran besar.
Pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara membolehkan orang ramai mengembara dengan menaiki kapal terbang.
Syarikat-syarikat pembuat pesawat seperti Airbus, ATR, Boeing, Bombardier dan Embraer telah menghantar sebanyak 1,543 buah pesawat pada tahun lalu yang di kebanyakannya diserahkan kepada syarikat-syarikat penerbangan di Asia.
Bagi setiap pesawat baru, syarikat penerbangan perlu mengambil dan melatih antara 10 hingga 12 orang juruterbang, kadangkala lebih, menurut pakar industri.
Keperluan juruterbang adalah tinggi kerana pesawat melakukan penerbangan pada waktu siang dan malam, tujuh hari seminggu, sedangkan juruterbang juga perlu berehat.
Asia Pasifik kini menguasai 31 peratus trafik udara dan angka itu dijangka melonjak kepada 42 peratus memandangkan Asia akan menyaksikan pertambahan penumpang kepada 1.8 bilion setahun dengan saiz pasaran kepada 2.9 bilion.
Kebanyakan juruterbang, juruterbang dan juruteknik di Asia Tenggara memilih untuk bekerja di Timur Tengah disebabkan gaji yang lebih tinggi dan peluang terbang dengan pesawat baru. - MalaysiaGazette
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini