Lelaki Maut Lori Dipandu Rempuh Warung
KULAIJAYA – Seorang lelaki berusia 30 tahun maut selepas sebuah lori yang dipandunya mengalami masalah brek dan merempuh warung di Jalan Besar, FELDA Inas di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa Rizal Osman, 37, maut di tempat kejadian selepas tersepit di bahagian tayar lori berkenaan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kulaijaya, Ibrahim Sahibon, berkata mangsa yang juga pemandu lori berkenaan memberhentikan lorinya di bahu jalan berhampiran sebuah warung untuk membeli sarapan pagi sebelum kenderaan itu bergerak dan merempuh mangsa. – BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini