Nampak Seperti Berumur 7 Tahun Biarpun Sudah 19 Tahun Kerana Tumor
China: Biarpun usianya sudah mencecah 19 tahun tetapi tidak ubah seperti budak perempuna berusia 7 tahun. Itulah yang terjadi oleh Zeng Yushan kerana mengidap tumor pada kalenjar pituitarinya.
Tumor tersebut tumbuh ketika dia berusia tujuh tahun dan sejak itu pertumbuhannya terhenti di situ selain itu dia juga tidak pernah didatangi haid.
Zeng dilahirkan pada Jum 1994 di Fushum dan dia mempunyau ketumbuhan di belakang hidung dan berhampiran orak dengan saiz sebesar kacang.
Oleh kerana kos perubatan di China adalah tinggi maka dia tidak mampu untuk mendapatkan sebarang rawatan.
Dia telah menjadi peminta sedekah, namun nasibnya berubah apabila sepasang suami isteri telah menjadikannya sebagai anak angkat.
Guo Liu, 50 berkata apabila melihat Zeng pada kali pertama, mereka tidak pasti samada dia lelaku ataupun perempuan kerana rambutnya botak selian mengalami masalah fizikal yang teruk.
“Kami bercadang membawanya kepada doktor untuk rawatan. Ketika ini dia boleh serasi dengan kami.
“Saya dan isteri saya kini sedang mencari sesuatu supaya Zeng dapat berdikari selepas kami meninggal dunia kelak,’’ katanya.
Biarpun begitu, harapan utama Zeng adalah untuk ke sekolah seperti kanak-kanak lain namun tidak ada sebuah sekolah pun yang mahu menerimanya kerana faktor usianya yang sudah 19 tahun. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini