Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peminat Komik Mati ‘Dipukul Batman’

No Comment


FLORIDA – Laporan dalam belasungkawa akhbar tempatan di Florida mendakwa seorang peminat komik, Stephen Merrill, mati akibat tumbukan adiwira kegemarannya, Batman.

Rakan dan keluarga Merrill menyiarkan belasungkawa itu dalam akhbar The Ledger, minggu lalu, selepas kematiannya secara mengejut pada 12 Februari pada usia 31 tahun.

Keluarganya tidak tahu apa yang patut dikatakan sebagai punca kematian berikutan sebab rasmi masih belum diketahui walaupun Merrill menghidap kanser sejak 2013.

Media melaporkan, seorang rakannya mencadangkan punca kematian pelik itu sebagai jenaka dan pada masa sama untuk mengingati Merrill yang amat meminati adiwira itu.

Tunangnya Stephanie Vella berkata: “Pasti dia terharu jika benar-benar mati akibat ditumbuk Batman.”- Agensi

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli