Bangkai pesawat yang telah dilaporkan hilang dan terhempas di Andes pada 54 tahun yang lepas akhirnya ditemui oleh sekumpulan pendaki gunung di Chile, semalam.
Berita penemuan bangkai pesawat LAN Chile Douglas DC-3 yang dilaporkan terhempas pada 3 April 1961 itu sekaligus menggemparkan dunia.
Dalam nahas tersebut, 34 orang penumpang bersama anak kapal dipercayai telah meninggal dunia.
Kumpulan Green Cross. |
Menurut kumpulan pendaki itu, pesawat tersbut dijumpai pada aras ketinggian 3,200 meter kira-kira 360 kilometer dari selatan Santiago.
Channel Chile 7 melaporkan, kumpulan itu tidak mahu mendedahkan lokasi kejadian sebenar kepada media Chile kuatiri lokasi kemalangan diganggu. ─ Siakapkeli.com.my