Selepas tersebar video yang menjadi viral dilaman sosial memaparkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak menyambut salam Timbalan Menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Hari ini tersebar pula sekeping gambar Ahmad Maslan sebenarnya sempat bersalaman dengan Sultan Johor selepas video tersebut dirakam. Ada yang mengatakan mungkin Sultan tidak nampak tangan yang dihulurkan oleh Ahmad Maslan kerana terlalu asyik melayan salam dari rakyat jelata yang lain.
Selain itu, Ahmad Maslan juga telah memuat naik gambar di Twitter yang menunjukkan beliau bersalam dengan Sultan Ibrahim Ismail Iskandar.
Gambar didalam Twitter tersebut menunjukkan beliau tunduk sambil bersalam menggunakan kedua-dua belah tangannya dengan sultan, bersama tulisan berbunyi:
“Malam jamuan negeri sempena kemahkotaan pada 31/3/15 di Persada JB. DYMM Tuanku Sultan Johor yang sentiasa mesra rakyat.”
Mlm Jamuan Negeri sempena Kemahkotaan pada 31/3/15 di Persada JB. DYMM Tuanku Sultan Johor yg sentiasa mesra rakyat. pic.twitter.com/WVAwkw2pET
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) April 8, 2015
Gaambar yang dimuat naik oleh Timbalan menteri tersebut bagaimanapun menerima pelbagai reaksi nakal dari pengguna laman sosial.“Selepas beberapa percubaan, di akhirnya berjaya dalam misi bersalam dengan sultan Johor. Tahniah,” kata seorang pengguna Twitter menggunakan akaun @IbnRamli1.
Manakala pengguna Twitter @Perlimaya pula berkata sultan terpaksa bersalam dengan Ahmad yang menghalang laluannya.
Video dibawah adalah video yang menjadi viral di laman sosial menunjukkan Tuanku Sultan sempat melayan mesra rakyat jelata yang ada antaranya mahu bergambar selfie bersama pemerintah tertinggi Johor itu. - Siakapkeli.com.my
Kesian tengok video ni.. bertabah lah ye.. Source: http://goo.gl/gnKMMg
Posted by Siakap Keli on Wednesday, April 8, 2015