Polis buru Nuar Ayam, suspek utama kes tembak mati peniaga di Bachok semalam
KOTA BHARU: Polis Kelantan memburu seorang lelaki, Anuar Mohammad, 37, dipercayai dalang utama kes samun dan tembak di sebuah premis di Kampung Beris Lalang, Bachok, semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek dikehendaki yang dikenali Nuar Ayam itu sangat berbahaya dan mempunyai empat rekod jenayah lampau.
Akhbar hari ini, melaporkan tindakan pemilik kedai perkakasan enggan menyerahkan kunci Toyota Harrier kepada tiga lelaki yang menyamun premisnya di Kampung Beris Lalang mengundang padah apabila maut ditembak penjenayah itu.
Anggota forensik melakukan siasatan di tempat kejadian seorang pemilik kedai perkakasan yang maut selepas ditembak penyamun di Kampung Beris Lalang, Bachok, semalam.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini