Popia adalah warisan rentasi sempadan
KUALA LUMPUR – Sekumpulan aktivis di Indonesia yang menuntut agar Malaysia tidak menjadikan kuih popia sebagai makanan warisan negara ini perlu menyedari bahawa makanan tersebut bukan sekadar wujud di republik itu.
Sebaliknya, popia merupakan makanan kegemaran rakyat di pelbagai negara termasuk China, Thailand dan Vietnam sekali gus menunjukkan ia adalah warisan budaya rentas sempadan terutama di rantau Asia.
Cef selebriti, Datuk Ismail Ahmad atau dikenali sebagai Cef Ismail berkata, tuntutan segelintir masyarakat Indonesia yang mendakwa popia adalah berasal dari negara mereka adalah tidak masuk akal.
“Setiap popia berbeza mengikut negara, masyarakat dan budaya berdasarkan bentuk intinya, lapisan luar makanan tersebut dan cara memakannya tetapi kenapa hanya Malaysia menjadi sasaran kumpulan aktivis terbabit, sedangkan di negara lain juga wujud kuih popia.
“Rakyat China misalnya lebih gemarkan popia berintikan sayur dan tidak digoreng manakala masyarakat India Muslim pula suka makan popia bersama sos kacang dan kita orang Melayu suka popia goreng atau basah.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
