Projek Bernilai $2.1 Juta Hasilkan Kamera-Kamera Bijak Mengesan Keganasan di Jalan-jalan Raya
LONDON: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Cardiff sedang mengusahakan sebuah projek bernilai $2.1 juta (£1 juta) bagi menghasilkan kamera-kamera bijak yang dapat mengesan keganasan di jalan-jalanraya.
Projek itu merupakan kerjasama antara Universiti Cardiff, Airbus Group dan Kerajaan Wales.
Di United Kingdom, pergaduhan-pergaduhan yang tercetus di jalan-jalanraya sahaja menyebabkan para pembayar cukai membayar berjuta-juta paun setiap tahun.
Matlamat projek tersebut adalah untuk menghasilkan satu sistem yang menggunakan CCTV bijak yang dapat mengesan dan memberi amaran kepada pihak polis mengenai sebarang pergaduhan atau perbalahan yang sedang berlaku.
CCTV bijak yang ada sekarang kini berupaya untuk mengira bilangan orang serta mengenal pasti kereta.
Meskipun demikian, projek Universiti Cardiff bertujuan memperluaskan lagi kebolehan CCTV bijak dengan keupayaan menganalisis orang ramai serta memberi isyarat-isyarat tepat, yang dapat mengurangkan kos bagi perkhidmatan awam. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini