Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rafizi Dipanggil Lagi Ke Bukit Aman Beri Keterangan Kerana Tulisan Di Twitternya Dianggap Menghasut

No Comment

Nampaknya Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli telah dipanggil lagi oleh pihak Polis ken Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kerana dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang didakwa berbaur hasutan di akaun Twitternya, baru-baru ini.

Beliau mengemaskini berita tentang dipanggil ke Bukit Aman ini melalaui akaun Facebook miliknya.


Kedatangan beliau ke Bukit Aman ini susulan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang sebelum ini mengarahkan agar Rafizi disiasat kerana beliau memuatnaik status di Twitter yang menggambarkan hakim yang menjatuhakn keputusan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah dinayar oleh oleh pihak tertentu.


Selain RAfizi ramai rakan-rakan beliau turut hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan mengenai isu hasutan ini Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan kartunis, Zunar turut diarah siasat atas dakwaan yang sama.


Rafizi dikatakan tiba di Bukit Aman sekita pukul 1.45 petang tadi dan selesai disoal siasat pada pukul 3.25 petang.

Turut tampil hari ini adalah Nga Kor Ming yang tiba lebih awal iaitu jam 11.20 pagi tadi, sebelum keluar jam 12.30 tengahari. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli