Seorang Guru, 6 Pelajar Maut Nahas Di Guyana
GEORGETOWN – Seorang guru sekolah tinggi dan enam pelajarnya maut dalam kemalangan jalan raya di sini, hari ini, kata polis Guyana.
Pihak berkuasa berkata, guru wanita itu yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) membawa pelajarnya pulang selepas mengunjungi karnival tahunan.
Kenderaan SUV itu terbabas dan terhumban ke dalam terusan.
Polis berkata, tayar pancit mungkin menjadi punca kemalangan. – AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini