Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seorang Wanita Koma Hampir 2 Bulan Hanya Kerana RM23


New Castle: Seorang wanita hampir-hampir koma selama dua bulan dan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala. Perkara tersebut berlaku hanya kerana bergaduh dengan pemandu teksi berkenaan bayaran tambang RM23.

Kelly Brown, 28 berkata, dia dilanggar oleh pemandu teksi tersebut ketika dia berada di hadapan rumah.

Tambahnya lagi, pemandu teksi itu mendakwa yang Brown cuba melarikan diri setelah memberitahu mahu masuk ke rumah untuk mendapatkan wang tersebut.

Akibat dilanggar, Brown terpaksa dirawat di hospital selama empat bulan dan tengkoraknya terpaksa dimasukkan titanium.

Namun, pemandu teksi tersebut terlepas dari hukuman kerana tiada bukti yang cukup untuk didakwa dalam kes berkenaan.

Bagaimanapun dia dibenarkan oleh pihak mahkamah bagi menyaman pemandu teksi tersebut sebagai pampasan.

“Sebelum kemalangan itu, saya berharap untuk menjadi seorang jururawat dan dapat membeli rumah serta kereta.

“Namun semua itu dirampas daripada saya,’’ katanya. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli