Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tindakan Pantas Bomba Selamatkan Hospital Swasta Daripada Musnah

No Comment

KUCHING: Tindakan pantas lapan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Batu Lintang dan Tabuan Jaya di sini berjaya mengawal kebakaran daripada merebak di sebuah hospital swasta di Jalan Rock di sini, malam Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, sebahagian daripada wad rawatan dan klinik pakar otak dan saraf di tingkat satu mengalami kerosakan.
Katanya tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau berkata pihaknya berjaya memadam kebakaran pada pukul 9.25 malam.
Katanya semasa, kejadian, hospital empat tingkat itu dengan 72 buah katil, menempatkan 59 pesakit dan kesemua mereka dipindahkan dengan selamat.

Menurut, siasatan awal menunjukkan kebakaran itu berpunca daripada sistem pendawaian elektrik di tingkat berkenaan. - mStar online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli