Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tukang Jahit Terkejut Temui Bom Lama Di Belakang Kedainya

No Comment


PASIR MAS: Seorang tukang jahit terkejut besar semasa membersihkan kawasan belakang kedainya apabila dia telah menemui sebutir bom mortar lama Kampung Wakaf Merah di sini, hari ini.

Beliau,Wan Mawardi Wan Mohamad, 31, kira-kira pukul 10 pagi beliau telah pergi kebelakang kedainya untuk membersihkan kawasan tersebut dan tidak menyangkan akan menemui bom itu.

“Ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di belakang kedai, saya menemukan satu objek yang berada dalam keadaan tertanam.

“Pada mulanya saya ingatkan objek itu adalah ekzos motosikal, saya kemudiannya mengangkat objek tersebut dan mendapati ia adalah sebutir bom,” katanya.

Beliau kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis untuk memaklumkan tentang penemuan itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Halilludin Rahim mengesahkan penemuan bom ini dan berkata bom tersebut diserahkan kepada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk tindakan lanjut. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli