Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita rakam gambar selfie di lokasi nahas dikecam

No Comment


AGENSI - TIGA orang wanita bergambar membelakangi pasukan mencari dan menyelamat di lokasi nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas di Sungai Keelung, Taipei, Taiwan.

TAIPEI – Tindakan beberapa orang wanita muda merakam gambar selfie dengan berlatar belakang pasukan menyelamat yang sedang mencari mangsa nahas pesawat TransAsia Airways telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Wanita itu yang kelihatan gembira merakam gambar dengan salah seorang daripada mereka menunjukkan simbol ‘keamanan’ ke arah kamera.

Ketika itu beratus-ratus anggota penyelamat berada di belakang kumpulan wanita itu untuk mencari 12 orang mangsa yang masih hilang selepas 31 yang lain disahkan maut, manakala 15 orang berjaya diselamatkan.

Gambar kumpulan wanita itu dilaporkan diambil pada hari yang sama pesawat malang tersebut terhempas ke dalam Sungai Keelung tidak lama selepas meninggalkan lapangan terbang Songshan di sini.

Tindakan kumpulan wanita muda itu telah dikritik hebat penduduk negara ini sebagai perbuatan yang tidak menghormati mangsa tragedi tersebut. – Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli