Warga Malaysia Cuba Seludup Dua Ekor Landak dan Seekor Cicak Masuk ke Singapura
SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia, 26 tahun didenda $1,500 kerana cuba menyeludup dua ekor jenis landak dan seekor cicak ke negara ini.
Lelaki itu menaiki teksi berdaftar Singapura.
Penemuan itu dibuat dalam pemeriksaan biasa di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 6 Februari lalu. Landak-landak tersebut disembunyikan dalam sebuah kotak kasut.
Cicak jenis harimau bintang ini pula disimpan di dalam bekas plastik kecil di kantung zip tempat duduk penumpang.
Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) kemudian mengeluarkan saman di bawah Akta Haiwan dan Burung-burung untuk Penyeludupan Haiwan. Haiwan-haiwan itu telahpun dihantar ke Taman Haiwan Singapura.
Para pelancong dinasihati untuk tidak membawa haiwan, burung ataupun serangga hidup masuk ke Singapura tanpa permit. Mengimport sebarang haiwan ataupun burung hidup tanpa permit AVA adalah satu kesalahan dan pesalah boleh dikenakan denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali. - CNA/ag
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini