Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

2 Pemain Ski Terbunuh Runtuhan Salji Di Switzerland

No Comment


GENEVA – Dua pemain ski dari Jerman dan Britain terbunuh akibat runtuhan salji, lapor polis negara itu semalam.

Runtuhan pertama berlaku pada Jumaat di gunung Pigne d’Arolla menyebabkan tujuh kumpulan terkandas, termasuk seorang lelaki berusia 60 tahun, kata Polis di Barat Daya Valais dalam satu kenyataan.

Tiga anggota yang lain dalam kumpulan itu, terdiri daripada lima pemain ski dan dua pemandu, cedera.

Semua yang terkandas kecuali seorang dapat menggali sendiri keluar dari bawah runtuhan salji untuk meminta bantuan daripada Jerman.

Dia diterbangkan ke hospital bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian.

Dalam kejadian kedua semalam di Gunung Velan di Valais, dua bersaudara warga Britain berusia 30 dan 31 sedang menuruni bukit apabila adiknya terperangkap dalam runtuhan salji.

Penyelamat dapat sampai ke tempat nahas tidak lama kemudian tetapi mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli