50,000 poskad tuntut kemudahan tandas
Mumbai: Golongan wanita bekerja berpakat ‘menghadiahi’ 50,000 poskad kepada pejabat Ketua Menteri Maharashtra untuk menuntut kemudahan tandas di Mumbai, kata pegawai semalam.
Poskad itu khusus untuk Devendra Fadnavis dan ditandatangani golongan pekerja wanita, dikirim pada 8 Mac lalu sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa.
Jurucakap berkata, tindakan itu diharap dapat menarik perhatian ‘abang Devendra’ supaya memikirkan masalah wanita yang berdepan masalah kekurangan tandas bersih.
Naib Presiden Parti Maharashtra Navnirman Sena, Shalini Thackeray berkata, sukar menerima hakikat bandar raya sehebat Mumbai gagal menyediakan tandas bersih yang mencukupi.
“Situasi ini lebih buruk berbanding wanita di negeri lain. Oleh itu, kami melancarkan inisiatif Hak Saya Untuk Tandas Bersih,” katanya.
Bagaimanapun, Shalini menafikan tindakannya itu bermotif politik
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini