54 Terbunuh Di Nigeria Angkara Pengebom Bunuh Diri
MAIDUGURI, Nigeria – Serangan membabitkan empat pengebom bunuh diri menyebabkan 54 kematian dan mencederakan 143 yang lain di bandar raya ini, tempat asal kumpulan pemisah Boko Haram.
Mengikut Pesuruhjaya Polis, Element Adoda, serangan bunuh diri berkenaan berlangsung dalam tempoh empat jam di beberapa lokasi termasuk di pasar ikan dan stesen bas.
Boko Haram sudah beberapa kali menyerang Maiduguri, selepas kumpulan pemisah meninggalkan bandar terbesar itu di utara Nigeria, apabila darurat diisytiharkan pada 2013.
Maiduguri adalah ibu negeri wilayah Borno, pusat kebangkitan pejuang Islam yang mana dalam tempoh enam tahun hingga kini lebih 12,000 sudah terbunuh. – AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini