Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Akademi Masjidilharam latih pekerja pelajari bahasa isyarat

No Comment


Makkah: Akademi Masjidilharam melatih seramai 30 pekerja mempelajari bahasa isyarat bagi membantu jemaah bisu yang melawat kota suci berkenaan.

Ketua akademi, Waleed Basamad berkata, kelas itu dikendalikan pengajar bahasa isyarat, Mohammad Al-Abumadrah.

“Kami secara berterusan membuat latihan dan kelas, tetapi kelas bahasa isyarat ini sangat penting.
“Jemaah yang mempunyai kekurangan fizikal tetap dilayan sama rata seperti jemaah lain masjid suci ini.

“Ia menjadi tanggungjawab kami untuk mendampingi dan bercakap dalam bahasa mereka bagi memastikan mereka selesa di sini,” katanya.

Ujarnya, akademi itu sudah menamatkan sembilan program latihan yang bertajuk Kemahiran Komunikasi Efektif dan merancang program yang sama pada tahun depan.

“Kami mahu semua petugas mempunyai sikap mesra dan peramah bagi memastikan mereka melayan tetamu di masjid ini dengan sopan.

“Akademi ini menyasarkan untuk menggunakan teknologi terkini dalam setiap program bagi mendapat kesan maksimum dan menonjolkan masjid ini sebaik mungkin,” jelasnya. - Agensi

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli