Bangkok Rancang Bina Tandas Asing Untuk Pelancong Dari China Kerana Pengotor
Bangkok: Pihak pengurusan kuil Wat Rong Khun atau lebih dikenali sebagai Kuil Putih di wilayah Chiang Rai merancang membina tandas berasingan untuk pelancong dari China.
Pembinaan itu dirancang selepas terdapat beberapa aduan berhubung kelakuan pelancong dari China yang suka merosakkan tandas sehingga tidak dapat digunakan lagi.
“Mereka (pelancong China) membuang air besar di lantai, kencing dan melekatkan tuala wanita pada dinding,” kata kakitangan kuil, Wat Rong Khun kepada agensi berita Jerman, DPA.
Seorang pereka bentuk kuil, Chalermchai Kositpipat dalam wawancara televisyen berkata, mustahil pengunjung lain mahu menggunakan tandas berkenaan.
“Sebab itu kami mahu membina tandas baru khas untuk pelancong China,” katanya.
Pelancong dari China sejak kebelakangan ini sering menjadi tajuk utama berita di Thailand kerana kerap mencetuskan masalah.
Seorang wanita negara itu sebelum ditahan selepas didapati mengeringkan pakaian dalam di balai berlepas sebuah lapangan terbang di Thailand.
Pada Disember tahun lalu, seorang penumpang China ditahan kerana melempar mi segera ke arah seorang pramugari.
Baru-baru ini seorang pelancong warga China ditahan kerana mencuri sebuah beca di Chiang Rai.
Sebuah akhbar di Thailand yang melaporkan kecurian itu memilih tajuk ‘Pelancong China lagi’. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini